Friday 20 November 2009

Kedah bermula garang - Bola Sepak Puncak Piala Emas Raja-Raja 2009



Kedah bermula garang - Bola Sepak Puncak Piala Emas Raja-Raja 2009
AKSI antara Selangor dan Masum dalam saingan Kumpulan A Puncak Piala Emas Raja-Raja 2009 di Stadium Kajang semalam.
JUARA treble Liga Malaysia musim lalu, Kedah memulakan kempen pada Kejohanan Bola Sepak Puncak Piala Emas Raja-Raja dengan penuh bergaya melalui kemenangaan 2-0 keatas Perak di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang petang semalam.
Diperkuat lima pemain utama Liga Super, Kedah memecah kebuntuan pada minit ke-16 melalui sentuhan Mohd. Naim Yusof.
Perak yang turut mendapat khidmat pemain Liga Super cuba bangkit memburu gol penyamaan, namun beberapa deretan peluang dipersiakan jentera serangan mereka.
Empat minit sebelum tamat perlawanan, pemain skuad Liga Super Kedah, Mohd. Faizal Abu Bakar meledak gol kedua pasukannya untuk selesa mendahului 2-0.
Sementara itu, dalam saingan Kumpulan A di Stadium Kajang, pertemuan Selangor menentang Masum berlangsung dalam suasana tegang apabila dua pemain dilayangkan kad merah.
Turun sebagai pasukan jempu- tan serta sebagai persiapan menghadapi Kejohanan Sukan Universiti ASEAN tahun depan, Masum bermula garang melalui gol jaringan Asyraf Md. Asri pada minit ke-18.
Terkejut dengan gol awal lawan, Selangor bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke-46 melalui jaringan R. Kalaiselvam untuk menamatkan saingan separuh masa pertama dengan 1-1.
Kelincahan Asyraf Md. Asri menjadi 'duri dalam daging' buat benteng Selangor apabila dia kembali menggegar gawang untuk gol kedua Masum pada minit ke-59.
Begitupun Selangor kembali menyamakan kedudukan pada minit ke-70 melalui bekas pemain Liga Super Terengganu, Badrul Afzan Razali.
Permainan selepas itu berlangsung agak tegang sehingga menyaksikan dua kad merah dilayangkan kepada pemain Selangor Mohd. Imran Muhammad dan pemain Masum, Nur Shafiq Ahmad pada minit ke-80.
Pada satu lagi perlawanan Kumpulan A di Kompleks Sukan MPKJ, Bangi, Kuala Lumpur seri 2-2 menentang PDRM.
Juara bertahan, Kelantan yang beraksi menentang ATM di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, mencatat kemenangan tipis 2-1 ke atas ATM.
Bekas pemain kebangsaan dan pasukan Liga Super Terengganu musim ini, Azlan Ismail meledak kedua-dua gol Kelantan pada minit ke-37 dan dan 80. Namun, sebelum itu ATM lebih dahulu membuka jaringan melalui Faizal Abdul Azizi pada minit ke-14.

Thursday 5 November 2009

Penyokong Kelantan perlu patuh arahan

Tiga ahli kelab penyokong wakaf Che Yeh, Shafawi Che Soh (kiri), Othman Yaacob (tengah) dan Zulkifli Yaacob membotakkan kepala sebagai tanda sokongan Kelantan mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia.
KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) meminta lebih 60,000 penyokongnya yang akan membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil supaya mengawal emosi dan mematuhi segala arahan pihak berkuasa bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.
Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, mereka perlu menjaga nama baik Kelantan ketika perlawanan tersebut berlangsung dan membuktikan bahawa penyokong negeri ini adalah yang terbaik.
Beliau berkata, pihaknya menjangkakan lebih 60,000 penyokong Kelantan dari seluruh negara akan membanjiri stadium tersebut esok.
''Patuhilah segala peraturan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan jagalah nama baik Kelantan sepanjang perlawanan itu nanti," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan 1001 tiket menyaksikan perlawanan akhir itu kepada pelajar sekolah di Majlis Sukan Negeri Kelantan di sini, semalam.
Anuar berkata, KAFA telah mendapat kebenaran FAM menjual 56,000 tiket untuk menyaksikan perlawanan akhir tersebut bagaimanapun kesemuanya telah habis dijual.
"Kita telah meminta tambahan tiket dan FAM telah memberikan kebenaran kepada kita menjual lagi sejumlah tiket bagaimanapun ia masih tidak mencukupi kerana permintaan yang tinggi dari para peminat bola sepak negeri ini.
"Saya berharap mereka yang tidak mendapat tiket boleh membelinya secara terus daripada kaunter di stadium pada hari pertandingan," katanya.
Sementara itu, Anuar berkata, KAFA telah menyewa khas kereta api untuk membawa kira-kira 1,500 penyokong dari negeri ini memandangkan kesemua bas telah habis ditempah.
"Kereta api ini adalah tempahan khas dan diluar jadual biasa. Ia akan bertolak ke Kuala Lumpur pada pukul 12 tengah malam Jumaat dari Tumpat dan bertolak balik pada pukul 2 pagi keesokannya.
"Tren khas ini akan membawa peminat setia kita dan tetamu khas termasuk 1001 sekolah ini," katanya.

Zamri macam tak percaya

Oleh Harris Rajahdin
UMPAMA mimpi menjadi kenyataan, penampilan Mohd Zamri Ramli pada pentas final ketika baru berusia 19 tahun, seakan sukar dipercayai melihatkan pertahanan itu baru menyarung jersi skuad senior musim ini. “Saya sebelum ini memang pernah mengimpikan untuk beraksi di final dalam stadium besar di depan ribuan penyokong. “Tahun lalu saya berada dalam pasukan Piala Presiden dan tahun ini mewakili skuad senior. Saya sebenarnya tidak percaya semuanya berlaku kepada saya dalam masa yang begitu singkat,” katanya.
Pemain kelahiran Pasir Mas itu akan menjadi pemain paling muda buat pasukan Kelantan tetapi tetap memiliki keyakinan tinggi, berbekalkan nasihat kapten, Indra Putra Mahayuddin yang disemat dalam sanubarinya. “Saya sentiasa melihat pemain senior sebagai inspirasi. Indra Putra memberitahu kepada saya ‘Jangan kita takut beraksi di depan penyokong ramai, awak pemain muda, tunjukkan bakat anda’,” katanya. Gelaran juara Piala Malaysia jelas satu lonjakan besar dalam kerjayanya, dengan dirinya sebelum ini berbangga dengan trofi Piala Belia.

Ramalan Final Piala Malaysia 2009 di Stadium Nasional Bukit Jalil


Jurulatih masa depanPulau Pinang, Ahmad Zoon Ismail meramalkan Kelantan menang 2-1 ke atas N. Sembilan yang akan berlanjutan hingga ke masa tambahan

Ramalan Final Piala Malaysia 2009 di Stadium Nasional Bukit Jalil

Mohd. Azraai Khor Abdullah, yang kini menjadi Jurulatih Harimau Muda juga meramalkan Kelantan akan memenangi perlawanan esok, kerana memiliki gandingan serangan yang mantap terutamanya Indra, Khalid Jamlus, Norfarhan dan juga Che Hishamuddin Hassan.


Dalam pada itu, Jurulatih Selangor, K. Devan memilih Kelantan akan muncul sebagai juara berikutan mereka mempunyai pemain seperti Norfarhan Mohamad dan Indra Putra Mahayuddin yang mampu untuk menentukan perlawanan.

Ramalan Final Piala Malaysia 2009 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 7 November 2009


Jurulatih Perlis, Irfan Bakti Abu Salim.
"Saya rasa kalau mana-mana pasukan menang pun mereka hanya akan mencatat kemenangan tipis mungkin 2-1 atau 1-0 tetapi saya berat kepada Negeri Sembilan kerana mereka mempunyai kekuatan yang sempurna di setiap posisi," katanya.

Ramalan Final Piala Malaysia 2009 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 7 November 2009


Jurulatih Johor FC, Ramlan Rashid pula memilih Negeri Sembilan kerana pasukan itu sentiasa konsisten sepanjang saingan peringkat kumpulan.
"Bagaimanapun kedua-dua pasukan berjaya mencapai tahap prestasi pada masa yang tepat," katanya yang meramalkan Negeri Sembilan menang 2-1.

Ramalan Final Piala Malaysia 2009 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 7 November 2009


Jurulatih KL PLUS, Mat Zan Mat Aris pula berkata: "Saya memilih Negeri Sembilan akan muncul juara dengan jaringan
2-1, mereka mempunyai kekuatan yang stabil di setiap posisi berbanding Kelantan yang hanya mengharapkan sokongan padu peminat mereka."

Ramalan Final Piala Malaysia 2009 di Stadium Nasional Bukit Jalil


Sementara itu Jurulatih Pahang, Dollah Salleh menggangap kekuatan kedua-dua pasukan ialah 50-50 dengan Negeri Sembilan dilihat utuh dari setiap posisi manakala Kelantan akan bergantung kepada sokongan padu penyokong mereka.

Wednesday 4 November 2009

Kelantan memang layak ke final – Irfan Bakti

Pasukan Kelantan meraikan kemenangan sekali gus melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala Malaysia selepas menewaskan pasukan Perlis 3-1 menjadikan agregat 5-1 di Stadium Utama Negeri di Kangar, kelmarin. – UTUSAN/Faizal Abu Hassan
KANGAR – “Kelantan memang layak ke final.” Itulah perkataan pertama diungkapkan ketua jurulatih Perlis, Irfan Bakti Abu Salim ketika ditemui selepas tamat perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Utama Negeri di sini, malam kelmarin.
Ungkapan pendek itu sebagai menghargai kehebatan skuad pelawat yang layak ke perlawanan akhir menerusi agregat 5-1 untuk bertemu Negeri Sembilan merebut Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, 7 November ini.
Ditanya maksud ungkapan tersebut pula, Irfan Bakti menyatakan, skuad Pantai Timur itu patut layak kerana memiliki beberapa kelebihan, terutama berkunjung ke Perlis berbekal dua gol.
“Mereka datang dengan kelebihan 2-0. Ia memaksa kami mencari tiga gol. Saya tidak nampak kesukaran buat Perlis mendapat tiga gol, tetapi kami mesti mencari gol awal. Namun begitu, kesilapan pertahanan membuatkan mereka mencipta jaringan minit ke-26 menerusi Mohd. Nor Farhan Muhammad.
“Itu gol mudah. Apabila Kelantan dapat satu, ia terus menekan mental pemain Perlis kerana mereka perlu mencipta empat gol. Bermula dari situlah permainan mereka nampak semakin longgar,” ujarnya.
Irfan Bakti turut mengakui aksi skuadnya di gelanggang sendiri malam kelmarin tidak menyamai kehebatan seperti yang dipamerkan sewaktu beraksi di tempat lawan, Selasa lepas.
“Perlawanan di sini jadi terbalik. Di Kota Bharu kami beraksi cemerlang walaupun kalah, manakala Kelantan sebaliknya. Di sini pula Kelantan yang cemerlang walaupun kami memaksa mereka berkubu,” ujarnya sambil mengucapkan tahniah buat skuad lawannya itu.
Jurulatih Kelantan, B. Satianathan pula percaya kejayaan menumpaskan Perlis adalah hasil kesungguhan pemain dan pengurusan skuad itu sendiri.
“Walaupun sudah menang 2-0 di Kota Bharu, tetapi saya mengarahkan semua pemain mengawal minda masing-masing. Ini kerana, mereka pasti berdepan dengan asakan bertubi-tubi skuad Singa Utara.
“Jangkaan saya ternyata benar. Kami dipaksa bertahan sepanjang 90 minit. Ketiga-tiga gol yang diperolehi itu pula adalah hasil serangan balas sahaja,” ujarnya sambil mengakui pintu gol Kelantan sepatutnya dibolosi oleh lima lagi jaringan skuad tuan rumah.
Lima gol yang terlepas buat Perlis itu ialah pada minit ke-22 menerusi Mohd. Badrul Azam Zamri, minit ke-40 dan 52 oleh Mohd. Firdaus Faudzi, dan minit ke-43 dan 78 melalui Amar Rohidan.
Kelima-lima peluang keemasan itu tidak menyebelahi tuan rumah kerana pemain gagal melepaskan rembatan ke sasaran walaupun pintu gol sudah terbuka ketika dalam kotak penalti dan cuma berdepan dengan penjaga gol lawan, Mohd. Halim Napi.
Dalam perlawanan itu, penyerang utama Kelantan, Indra Putra Muhyidin tidak diturunkan kerana digantung satu perlawanan ekoran menerima dua kad kuning.
Satianathan juga mengakui salah satu daripada percaturan taktikalnya ialah tidak meletakkan pemain kebangsaan, Muhammad Khalid Jamlus dalam kesebelasan utama.
Katanya, apabila Khalid menggantikan Zul Yusri Che Harun minit ke-62, pemain lawan mula mengepung pemain itu kemudian seperti mengabaikan jentera lain, sehingga ia membuka jalan kepada pemain Kelantan mengatur gerak dan mengumpan bola kepada Mohd. Nor Farhan mencipta hatrik.
Dalam perlawanan separuh akhir kedua itu, Kelantan menang 3-1 menerusi jaringan hatrik Mohd. Nor Farhan minit ke-26, 53 dan 87, sementara gol tunggal Perlis melalui, Mohd. Firdaus minit ke-70.
Dengan keputusan tersebut, Kelantan layak ke perlawanan akhir menerusi agregat 5-1, selepas menang 2-0 di Stadium Sultan Mohamed Ke-IV, Kota Bharu, Selasa lepas.
Sabtu ini, Kelantan akan bertemu Negeri Sembilan bagi merebut Piala Malaysia selepas lawannya itu menundukkan Terengganu 3-1, di separuh akhir kedua di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, juga malam kelmarin.
Oleh BAZLI ABDUL RAHMANutusanperlis@utusan.com.my

Wednesday 28 October 2009

MUNGKIN KALI INI KELANTAN MENGULANGI FINAL 2009 PIALA FA


Zafuan scores to give Negri slim lead over Terengganu

By ERIC SAMUEL

SEREMBAN: Kelantan dazzled in front of their passionate home fans to score a 2-0 victory over Perlis in a Malaysia Cup semi-final first-leg match at the Sultan Mohd IV Stadium in Kota Baru last night.

A real blast: Kelantan’s Indra Putra Mahayuddin scores from the penalty spot against Perlis in Kota Baru.

The atmosphere at the stadium in Kota Baru was electrifying with some 25,000 fans lending full support to the Red Warriors. Tickets were snapped up barely two hours after the booths were opened in the morning.

A penalty conversion by Indra Putra Mahayuddin in the 21st minute and a late goal by Rizal Fahmi in the 90th minute put the Red Warriors in the driver’s seat to reach the final at the National Stadium in Bukit Jalil on Nov 7.
Negri Sembilan also stayed on course to qualify for the final after picking up a narrow 1-0 win over Terengganu at the Tuanku Abdul Rahman Stadium in Paroi.

Indra scored his 10th goal for Kelantan in the competition from the spot kick after he was brought down by Perlis defender Fauzi Nan inside the box. And Rizal brought more joy to the Kelantan fans as their team will have a two-goal cushion for the second-leg match at the Stadium Utama in Kangar on Saturday.
Kelantan are seeking their first major silverware in senior-level Malaysian football since 1921. Kelan-tan last qualified for the final in 1970 and they were beaten 0-2 by Perak.
Negri have to thank Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak for getting the solitary goal against Terengganu in the 51st minute.
The Deer, playing in front of 20,000 home fans, had the first shot at goal but Mohd Alif Shamsuddin’s grounder from inside the box hit the post in the ninth minute. It was a golden opportunity for the home team after Shahurain Abu Samah had broken loose on the flank before making the cross for Mohd Alif.

Barging through: Negri Sembilan’s Shurain Abu Sabah (centre) tries to get past two Terengganu players during their Malaysia Cup match in Paroi last night.Terengganu adopted a defensive approach and their backline, led by skipper Marzuki Yusof, performed well to contain Negri forwards Mohd Zaquan Adha Abdul Razak and Hairuddin Omar.
The Turtles were dangerous on the counter-attack with their speed merchants, Mohd Ashaari Shamsuddin and Abdul Manaf Mamat.
After a frustrating first half, Negri came alive and forced two corners. Their persistence paid off when Zafuan scored off a corner kick taken by S. Kunalan. And it turned out to be the advantage that Negri will have going into the return match at the Sultan Ismail Stadium in Kuala Terengganu on Saturday.
Terengganu were down to 10-man after Hariri Mohd Safie was sent off for a second bookable offence in the 85th minute.

Tuesday 27 October 2009

AKHIRNYA 2-0 PERLIS DITUMBANGKAN

AKHIRNYA 2-0 PERLIS DITUMBANGKAN

KOTA BHARU - Red Warrior’s penuh bergaya mengasak lawan di babak pertama perlawanan dengan mendahului Singa Utara, 1-0, melalui jaringan Indra Putra Mahayuddin di Stadium Sultan Muhammad ke-IV. Di awal perlawanan Perlis tanpak garang dengan menguasai perlawanan di separuh masa pertama dengan beberapa siri asakan yang dilihat berjaya memecah gawang pasukan tuan rumah. Pemain Perlis berjersi nombor 27, Mohd Shawan Zainon berjaya membolosi diri ke dalam kawasan kotak penalti tetapi berjaya diasak oleh penjaga gol Kelantan, Halim Napi dengan mudah walaupun berdepan satu sama satu dengan pemain lawan. Sejurus kemudian Kelantan membalas asakan dengan percubaan daripada Mohd Nazrul Irwan yang berjaya melakukan hantaran tepat kepada Indra tetapi berjaya dihalang oleh Mazlizam Mohamad. Di minit ke 19, sekali lagi Kelantan mengasak melalui percubaan Nor Farhan tetapi asakan tersebut masih tidak berjaya memecahkan benteng pertahanan skuad pelawat. Peluang terbuka pada minit ke 32 setelah ketua pasukan Kelantan, Indra dijatuhkan di dalam kotak penalti. Indra berjaya menyempurnakan gol pertama buat pasukan Kelantan di hadapan 25 000 penyokong Red Warrior’s. Perlis yang ketinggalan, 1-0, menggandakan lagi asakan dan Mohd Nazaruddin Yusoff hampir menjaringkan gol penyamaian buat pasukannya tetapi tandukannya berjaya dihalang Halim Napi. Peluang terbuka luas buat Kelantan apabila pertahanan Perlis dilihat leka dan berada jauh daripada zon bahaya. Walau bagaimanapun peluang tersebut disia-siakan Mohd Nizad Ayub di minit ke-30. Setelah percubaan tersebut tidak berjaya, giliran Che Hishamuddin pula mencuba apabila berjaya melepasi pemain tengah Perlis dan hantaran cantiknya berjaya disambut Indra tetapi Indra terjatuh dan melepaskan peluang keemasan tersebut. 10 minit sebelum tamat separuh masa pertama, Kelantan tersilap menjatuhkan pemain Perlis berhampiran zon bahaya. Walau bagaimanapun percubaan sepakan percuma pemain berjersi 11, Mohd Badrul Azam tersasar melepasi palang gol tuan rumah. Pemain Perlis, Ahmad Fakri Saraani di layang kad kuning setelah mengasari Mohd Daudsu Jamaluddin di minit ke-44. Setelah rehat, Kelantan yang masih mengekalkan mata jaringan cuba untuk mencari peluang tetapi diasak hebat Perlis setelah wisel perlawanan dibunyikan. Ekoran asakan tersebut Indra yang cuba untuk menghalang asakan Mohd Fauzi Nan dilayang kad kuning pada minit ke 49. Ahmad Fakri Saraani dan Solihin Abdullah berjaya merempuh masuk benteng pertahanan Kelantan tetapi asakan mereka tetap tidak berjaya untuk menjaringkan gol buat pasukan mereka. Pada minit ke-60, percubaan Mohd Nor Farhan dan percubaan Indra di minit ke 62 tersasar melepasi gawang pasukan lawan. Asakan demi asakan digandakan Kelantan dan pemain Perlis, Amzar Junaidi Jalil dilayang kad kuning setelah mengasari Che Hishamuddin. Khalid Jamlus yang tidak beraksi dalam dua perlawanan lalu kini kembali menyarungkan jersi Red Warrior’s di minit ke 65 separuh masa kedua bagi menggantikan pemain nombor 11, Che Hishamuddin. Perlis yang kini semakin terdesak mula beraksi secara agresif dan beberapa percubaan pemain Singa Utara di lihat hampir mendatangkan padah buat pasukan Kelantan yang semakin leka setelah mendahului lawan. Bagaimanapun, Mohd Daudsu Jamaluddin terlepas peluang apabila tandukannya di hadapan gol lawan berjaya di tumbuk keluar oleh Mohd Farizal Marlias. Ahmad Fakri Saraani cuba untuk melakukan sepakan jarak jauh dari tengah padang tetapi sepakan tersebut tidak dilepas oleh Halim Napi yang mengawal ketat pintu gol pasukan Kelantan. Mohd Nazaruddin Yusoff berjersi nombor 10, tiba-tiba berjaya melepasi benteng pertahanan Kelantan dari sebelah kanan dan rembatan kencangnya terkena palang. Di saat akhir sebelum tamat perlawanan, Mohd Rizal Fahmi Rosid berjersi 17, berjaya menanduk masuk sekali gus menghadiahkan gol kedua buat pasukan Kelantan.
(Sumber Sinar Harian 281009)



Keputusan penuh perlawanan
Kelantan 2-0 Perlis : (Indra (penalti), Rizal Fahmi).

CAKAP BESAR SELANGOR BAWA PADAH


"Peganglah kata-kata saya, pasukan Selangor akan menang di Kuala Terengganu" nada keyakinan K.Devan jurulatih pasukan Selangor sebelum perlawanan suku akhir kedua di Stadium Nasarudin di Kuala Terengganu. Sebelum itu pada perlawanan suku akhir pertama Selangor telah menewaskan Terengganu dengan jaringan 1-0 di Shah Alam.
Kenyataan atau janji K.Devan akhirnya terpaksa ditelan pahit setelah Selangor tewas di tangan pasukan Terengganu yang rata-rata hanya dibarisi dengan pemain muda sahaja.
Itulah bola sepak. Jangan cakap besar!

TWO THE LAGEND - From Two Land


Bryan Robson
Born:11 Jan 1957
Signed:05 Oct 1981
Debut:7 Oct 1981 v Spurs (A) League Cup
Goals Total: 99
Appearances Total: 461
Position:Midfielder
Left United: 31 May 1994








Hashim Mustapha Kelantan The Lagend

Monday 26 October 2009

Indra Putra - Pencetus Kemaraan Kelantan




INI ADALAH HERO DI FINAL PIALA MALAYSIA 2009 DI STADIUM BUKIT JALIL


Halim The Red Worrior yang sejati. Berbekalkan tubuh yang tagap pasti melengkapkan malam gemilang Kelantan. Seandainya final nanti menemukan Kelantan dan Negeri Sembilan - Zakuan Adha pasti berhati-hati.

Tough fights to Malaysia Cup final

Tough fights to Malaysia Cup final
Kelantan and Terengganu look good but Perlis, Negri breathing fire
By ERIC SAMUEL

PETALING JAYA: Kelantan and Terengganu look good to make a historic Malaysia Cup final showdown.
And Kelantan coach B. Sathianathan is looking forward to the two teams meeting in a final for the first time since the inception of the tournament in 1921.
And the teams out to prevent it from happening at the National Stadium in Bukit Jalil on Nov 7 are Perlis and Negri Sembilan.
“An east coast final is long overdue but to get past the semi-finals stage will not be easy,” said Sathianathan, whose side will play against Perlis in the semi-final first-leg match at the Sultan Mohd IV Stadium in Kota Baru tonight.

Nizaruddin: Super League Golden Boot winner could prove to be handful for Kelantan“We should make full use of the home ground advantage if we are to make a strong claim to get into the final.”
The Red Warriors are seeking to win their first major silverware in senior level Malaysian football and they can count on their passionate fans to drive them on to get a good result against the Northern Lions.
And they have players in Indra Putra Mahayuddin, Mohd Norfarhan Mohd, Azlan Ahmad, Khalid Jamlus and Nazrul Erwan Makmur to help them mount strong challenges.
Cash-strapped Perlis have defied the odds to come this far in the competition. The Northern Lions with only a handful of seniors, led by Super League Golden Boot winner Mohd Nizaruddin Yusop, Fauzie Nan and Chan Wing Hoong, should pose a serious threat.
“This Perlis football team are for the future and to have made it this far under hard times speaks volumes of the players’ commitment,” said Nizaruddin.
Terengganu coach Ken Worden believes that the Turtles are full of fire after having dumped favourites and 33-time winners Selangor in the quarter-finals (2-2 aggregate, 5-4 on penalties).
“I once said they were schoolboys and I am absolutely proud of them now. They are Turtles with heads of the Tiger,” he said.
But Terengganu face another Herculean task against a consistent Negri at the Tuanku Abdul Rahman Stadium in Paroi tonight.
The Negri side under Wan Jamak Wan Hassan are on hot streak in the Cup campaign, winning all eight matches thsu far. They even beat Terengganu twice in Group B (1-0, away and 2-0, home).
“The semi-final is a different ball game and we will not under-rate Terengganu,” said Wan Jamak.
Negri have a good mix of seasoned and promising talent in their side, led by Mohd Shukor Adan, Idris Karim, Rezal Zambery Yahaya, Mohd Zaquan Adha Abdul Razak, Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak, S. Kunalan and Hairuddin Omar, who is on loan from T-Team Terengganu.
(The Star 271009)

Ramalan Malam ini - Kelantan Menang 3-1


Malam ini di Stadium Mohd Ke-4 sejarah baru akan tercipta.

Separuh akhir lebih terbuka

Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD
hafiz.ahmad@utusan.com.my
KUALA LUMPUR - Dua tiket ke perlawanan akhir Piala Malaysia edisi ke-43 menjadi rebutan terbuka dan seimbang buat Kelantan, Perlis, Negeri Sembilan dan Terengganu dengan ketiadaan Selangor pada separuh akhir pertama, malam ini.
Namun, Si Rusa yang masih belum kalah selepas lapan perlawanan termasuk peringkat kumpulan, kini mengambil alih tumpuan Gergasi Merah sekali gus berpeluang agak cerah untuk terus merapati trofi teragung bola sepak negara ini.
Biarpun kemaraan tiga daripada mereka tidak mengejutkan kerana cuma mengatasi barisan kelab, tetap menonjol dalam kelompok empat terakhir ini ialah kemampuan Si Penyu menjinakkan Merah Kuning dengan bertemankan sedikit tuah dan ketumpulan penyudah lawan.
Jika juara Piala Sultan Ahmad Shah, Piala FA dan Liga Super boleh tersungkur di Kuala Terengganu, bukan mustahil giliran anak buah Wan Jamak Wan Hassan menurut jejak kecundang itu apatah lagi lawan mempunyai kelebihan bermain lewat di gelanggang sendiri, Sabtu ini.
Segala rekod pertemuan Liga Super dan peringkat kumpulan lalu yang menyebelahi Negeri Sembilan sekadar boleh dibuat rujukan dan terus mematangkan kedua-dua pasukan tetapi yang paling menarik ialah pertembungan dua pemain muda yang menjaga gawang masing-masing.
Hanya satu gol membolosi Farizal Harun sepanjang Piala Malaysia dan Sharbinee Allawee begitu cemerlang, Sabtu lalu lantas yang seronok pastilah jurulatih negara K. Rajagobal menjelang Kelayakan Piala Asia 2011 (November) dan Sukan SEA Laos, Disember ini.
Lebih banyak pilihan penjaga gol yang mantap, bakal meningkatkan persaingan dan benteng terakhir skuad senior dan bawah 23 tahun Malaysia biarpun mungkin kurang menyenangkan penjaga gol Perlis, Farizal Marlias yang sekian lama menyandang posisi utama.
Malah, ketika Negeri Sembilan kian berbangga dengan ketajaman Zaquan Adha Radzak selaku antara penjaring terbanyak Piala Malaysia setakat ini, Terengganu pula menjanjikan seorang lagi bakal gandingan serangan Malaysia di Laos, Abdul Manaf Mamat.
Singa Utara pula perlu menyedari kehebatannya mengatasi Johor FC di Pasir Gudang dan Kangar dengan agregat selesa 4-1 tidak akan meniti rentak yang sama tatkala mengharungi Kelantan dan 'lautan merah' ribuan penyokong setianya di Stadium Sultan Muhamed IV.
Rasa terkilan dan bimbang Irfan Bakti Abu Salim pasti bercampur baur gara-gara kehilangan perancang tengah Perlis, Azi Shahril Azmi yang dilayangkan kad merah di Stadium Utama Negeri sekali gus digantung daripada kedua-dua perlawanan separuh akhir sehingga Sabtu ini.
Yang mampu menjadi penawar buat jurulatih naib juara Liga Super ini ialah kembalinya sentuhan penyudah pemenang Kasut Emas, Nizaruddin Yusof apatah lagi kemampuannya mencari gol menerusi tandukan, Sabtu lalu walaupun sesekali mengecewakan dengan kegagalan penalti.
Jelas sekali, keserasian Kelantan dengan percaturan B. Sathianathan turut diperkuatkan pengalaman jurulatih itu ketika mendidik bintang Wira Merah seperti Indra Putra Mahayuddin, Nor Farhan Muhammad dan Ahmad Azlan Zainal dalam skuad negara lalu.
Tanpa Azi yang jarang diabaikan Sathianathan dalam persediaan skuad kebangsaan, jurulatih kelahiran Perak yang menyarung jersi Negeri Sembilan pada era 80-an ini semakin arif bagaimana untuk melumpuhkan bahagian tengah lawan dan meraih bekalan gol yang selesa dari Kota Bharu.

Sunday 25 October 2009

25,000 in The Sultan Mohd IV Stadium in Kota Bharu


“The kind of atmosphere you get playing here is lacking in Malaysian football,” said Sathianathan after Kelantan, backed by a sell-out 25,000 crowd, defeated KL Plus 3-0 in a Malaysia Cup quarter-final second-leg match on Saturday to advance 4-1 on aggregate.


Kelantan players received a RM52,000 windfall from the Kelantan Football Association (KAFA) for making the quarterfinals of the Malaysia Cup.
The bonus was handed over by KAFA president Tan Sri Annuar Musa to team skipper Indra Putra Mahayuddin, on behalf of the players. Annuar said the bonus was paid to spur the spirit of the players who face KL Plus in the quarter-final match in Cheras next week. "We had promised the players a bonus if they qualified for the quarterfinals and since they had fulfilled KAFA''s initial target, we decided to give out the bonus which will be shared by the players," he said.
"If they make the semifinals, a similar bonus will be offered to them." - Bernama

Sathia relishing his stay in ‘football heaven’

By ERIC SAMUEL

KOTA BARU: The Sultan Mohd IV Stadium in Kota Baru is a “football heaven” for Kelantan coach B. Sathianathan.
The former national coach said that teams should look forward playing in Kota Baru and not be intimidated by their partisan fans.
“The kind of atmosphere you get playing here is lacking in Malaysian football,” said Sathianathan after Kelantan, backed by a sell-out 25,000 crowd, defeated KL Plus 3-0 in a Malaysia Cup quarter-final second-leg match on Saturday to advance 4-1 on aggregate.
It will be the third time that Kelantan will be playing in the semi-finals after 1998 and 2001 under coach M. Karathu and K. Rajagopal respectively.
“It is just not only the environment that makes the difference for Kelantan but also the strong support of the management, led by the FA president, Tan Sri Annuar Musa,” said Sathianathan.
The players are well motivated as they received a bonus for making the semi-finals at a luncheon hosted by Tan Sri Annuar yesterday.
The players received RM2,000 each last week for qualifying for the quarter-finals.
Sathianathan also paid tribute to their travelling die-hard fans from the Klang Valley for the crucial home game.
“It is a pity they don’t have a bigger stadium to accommodate all their passionate football fans,” he said.
The game is so big in Kelantan that fans are willing to purchase tickets in black market, which cost four times more than the original price.
The chairman of the team management committee, Azman Ibrahim, said that tickets for the match against KL Plus were snapped up barely two hours after the counters were opened on match day.
“We have to tighten security at the ticket booths to avoid any ugly incidents,” he said.
Kelantan will be at home in the semi-final first-leg match against Perlis tomorrow.
“Perlis are a strong team and we need a good result at home,” said Sathianathan, who hopes to take the Red Warriors to their only second final in the history of the Malaysia Cup after 1970 when they lost 0-2 to Perak.
“If my men can play the same way against KL Plus and with the overwhelming fan support, we should be on our way to the final.”
National player Indra Putra Mahayuddin is the vital cog in the Kelantan team together with Mohd Norfarhan Mohd and Che Hishamuddin Hassan.
“Some of the players have been consistent and Indra has been outstanding throughout. If we had the services of skipper Mohd Badri (Radzi, who is injured) in midfield, we would be commanding in our attack,” said Sathianathan.
Meanwhile, Plus Expressways Bhd managing director, Noorizah Abdul Hamid, said that it had been an encouraging outing for the club side in their first season in the top flight.
“We should pick up the pieces from here and come back stronger,” she said.
(The Star 261009)